BANGKOK: Gabungan pimpinan Parti Move Forward Thailand menubuhkan jawatankuasa peralihan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan besar dalam pilihan raya 14 Mei.
Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri gabungan itu, Pita Limjaroenrat berkata, wakil parti gabungan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.
"Kerja kami berjalan lancar dan kami komited untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin," katanya pada Selasa.
Beliau berkata pembahagian jawatan kabinet akan ditangani kemudian.
Sementara itu, gabungan lapan parti tersebut juga mencapai persetujuan untuk membentuk tujuh kumpulan kerja yang bertujuan untuk menangani pelbagai isu termasuk elektrik, diesel dan harga tenaga, kemarau dan El Nino, pindaan perlembagaan, kebimbangan alam sekitar dan pencemaran PM2.5, ekonomi dan PKS serta isu berkaitan dadah.
Kumpulan kerja akan mengadakan mesyuarat tetap untuk memberikan maklumat terkini kepada jawatankuasa peralihan.
Mengenai kedudukan speaker dewan yang bertelagah secara terbuka dengan Move Forward dan Pheu Thai, Pita berkata, ia akan diselesaikan secepat mungkin.
Move Forward memenangi 151 daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan pada pilihan raya 14 Mei manakala Pheu Thai, yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thailand yang dibuang negeri Thaksin Shinawatra, memenangi 141 kerusi.
Kedua-duanya bersetuju untuk membentuk gabungan bersama enam parti - Prachachat, Thai Sang Thai, Pue Thai Rumphlang, Thai Liberal Party, Fair Party dan Plung Sungkom Mai.
Gabungan itu dibentuk dengan 313 daripada 500 kerusi dewan perwakilan rakyat dengan 400 kerusi yang dimemenangi calon kawasan pilihan raya manakala 100 kerusi parti diperuntukkan secara perwakilan berkadar.
Pita memerlukan 64 undi lagi bagi memastikan beliau dilantik sebagai perdana menteri akan datang. Sejumlah 250 senator yang dipilih oleh kerajaan terdahulu juga akan memutuskan perdana menteri baharu.
Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai masa sehingga 13 Julai untuk mengesahkan secara rasmi keputusan pilihan raya yang membolehkan persidangan pertama parlimen diadakan dan pemilihan perdana menteri.
- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri gabungan itu, Pita Limjaroenrat berkata, wakil parti gabungan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Thailand: Parti Move Forward sokong calon Perdana Menteri Pheu Thai
Parti Move Forward (MFP) yang membuat pengunduran politik bersetuju menyokong calon daripada Pheu Thai sebagai Perdana Menteri.
Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.
Thailand: Pita sedia beri laluan sekutunya bentuk kerajaan
Pita berkata beliau akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu untuk undian kedua.
Parti Move Forward Thailand fail usul sekat kuasa senator yang dilantik
Setiausaha Agung parti Chaithawat Tulathon memfailkan usul pada Jumaat untuk meminda Perkara 272 Perlembagaan.
Thailand: Pita Move Forward pindahkan saham medianya kepada pewaris lain
Saham-saham dalam iTV Plc didaftarkan atas nama Pita kerana mahkamah telah melantik beliau mewakili pewaris lain selepas kematian bapanya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thailand: Gabungan pimpinan Parti Move Forward tubuh jawatankuasa peralihan
Wakil parti gabungan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.
Parti Move Forward dan sekutu tanda tangan MoU kerjasama
MoU itu mengandungi 23 perkara termasuk bekerjasama ke arah reformasi demokrasi dan memulihkan ekonomi.
Thanathorn berdepan tuduhan jenayah
Jika disabitkan bersalah, jutawan berusia 41 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht dan larangan menyertai politik selama 20 tahun.